Demi Masa
Pautan Penting
Pautan Luar
|
Alat Mainan
Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Bagi kanak-kanak 'main' merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekirannya. Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Bermain menjadi fitrah murid di mana proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi. Belajar melalui bermain memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa kongkongan daripada guru. Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif. Teori perkembangan kanak-kanak menekankan bahawa cara yang paling baik untuk kanak-kanak belajar ialah melalui bermain. Isenberg & Quisenberry (2002) pula menyatakan bahawa, kajian ke atas otak menunjukkan bahawa main merupakan perencah (scaffold) kepada perkembangan kanak-kanak, saluran untuk pertambahan struktur sistem saraf dan cara untuk kanak-kanak mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan masa hadapan. Apa yang boleh dijelaskan di sini ialah apabila kanak-kanak didedahkan dan diberi peluang untuk menggunakan alat dan bahan pada peringkat awal perkembangannya, mereka akan dapat membina asas pengetahuan, kemahiran dan idea yang akan dibangunkan sepanjang hidup mereka.
Untuk membolehkan kanak-kanak bermain secara berkualiti, mereka memerlukan bahan alat mainan yang dapat merangsang perkembangan emosi, rohani, intelek, sosial dan jasmani mereka serta yang membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi dan berfikir dengan aktif dalam menyelesaikan masalah. Sesebuah taska dan tadika yang mempunyai ciri-ciri yang responsif terhadap kepentingan bermain dalam perkembangan kanak-kanak, akan menyediakan pusat-pusat pembelajaran yang dilengkapi dengan bahan atau alat permainan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak agar merka boleh meneroka, mencuba dan berinteraksi dengan persekitaran mengikut tahap perkembangan sendiri. Alat atau bahan yang disediakan hendaklah bersesuaian dengan tema dan rancangan pengajaran serta konsep yang hendak diperkenalkan kepada kanak-kanak. Sumber: KPAK Antara Contoh Bahan Permainan Manipulatif
|