Portal ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini. Sejajar dengan arus pemodenan kini, pelbagai pembaharuan memberi impak kepada tahap perkembangan kanak-kanak.
Oleh itu, pendidikan awal yang diberikan kepada kanak-kanak juga haruslah bersifat terkini, menarik dan menghadapi perubahan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan prinsip pembelajaran yang berkesan.