Sejarah Montessori Model pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome , beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terancat akal. Pada tahun 1899 , beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakanya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.
Sumbangnya terhadap kanak-kanak menjadikan maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. melalui kaedah pembelajaran yang di perkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal.
Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai cirri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka. Ciri-Ciri berikut adalah yang pertama Semua kanak-kanak mempunyai “mudah untuk menerima sesuatu pembelajaran”. kedua ialah, semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitive. ketiga ialah, semua kanak-kanak ingin belajar. keempat ialah, semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja. kelima ialah, semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan dan akhir sekali, semua kanak-kanak ingin berdikari.
Kaedah Mengajar Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempuyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan meraka antaranya, semua kanak-kanak mudah untuk menerima pembelajaran. Kedua, semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitive.ketiga, semua kanak-kanak ingin belajar. Ke-empat, semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan berkerja. Kelima, semua kank-kanak melalui berbagai peringakat perkembangan dan semua kanak-kanak ingin berdikari.
Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak- kanak alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.Kaedah Montessori dan bahan pengajaranya menekankan “pembelajaran dan pengajaran deria” kaeah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengutamaan dan latihan menggunakan deria dengan cepat.Beliau membuat kesimpulan bahasa tingkah laku kanak- kanak ini merupakan satu usaha dan mempelajar mengenai persekitaran dengan mengunakkan tangan mereka. Idea ini iaitu Bahagian Untuk Pembangunan Intelek Adalah Kerana Tangan, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.
Konsep Maria mentessori berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Menurut maria montessori pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya konsepnya :-
a. Minda yang mudah menyerap Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.
b. Persekitaran yang tersedia Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menggunakan bahan pembelajaran yang sesuai. c. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Tetapi guru perlu mengajar kanak-kanak belajar secara formal dan guru perlu membimbing kanak-kanak untuk membuat pemilihan bahan dan aktiviti.
d. Bahan pembelajaran Guru perlu mengajar cara yang betul untuk mengunakan bahan yang di pilih dalam aktiviti pembelajaran secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi, penumpuan perhatian, kemahiran memerhati, meneliti, kesedaran berkenaan susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan,kesedaran persepsi, kemahiran praktikal, konsep Matematik, kemahiran bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif, pemahaman berkenaan alam semulajadi, pengalaman, pemahaman berkenaan sains social, kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.
e. Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran